Anak-anak ibarat kanvas putih yang perlu dicorak dengan penuh berhati-hati. Jika salah kita membentuk corak, maka buruklah hasilnya. Begitulah ibaratnya kita dalam membentuk anak-anak kerana jiwa suci anak kecil sangat mudah mengikut apa yang diajar oleh ibu bapa. Untuk artikel kali ini, Dunia Si Pari-Pari Kecil ingin berkongsikan tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak mengikut pendekatan Imam Al-Ghazali. Siapakah Imam Al-Ghazali? Dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan) Iran (kini dikenali sebagai Meshed). Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini & merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama. Beliau sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak. Menurut beliau Ibu bapa perlu
Blog berkaitan ilmu pendidikan awal kanak-kanak dan Parenting