Skip to main content

Tips Mandikan Bayi

Bagi ibu bapa yang pertama kali mendapat cahaya mata pastinya sangat gusar saat memikirkan bagaimana untuk memandikan bayi. Maklumlah, mandikan bayi jika tersilap langkah akan membahayakan.


Berikutan itu, suka untuk Dunia Si Pari-Pari Kecil berkongsikan tips mandikan bayi agar anda tidak gusar lagi. Berikut adalah cara memandikan bayi langkah demi langkah, semoga tips perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu muda.


Berapa kerap perlu memandikan bayi?


Mandi 2 ke 3 kali seminggu, selama 5 ke 10 minit bagi setiap sesi secara amnya sudah cukup untuk memastikan bayi berada dalam keadaan bersih. Jika si kecil gemarkan air, anda boleh memandikan mereka sekali sehari.

Elakkan daripada memandikan lebih daripada sekali kerana ia boleh mengeringkan kulit bayi baru lahir.

Bagi cara memandikan bayi untuk membersihkan bahagian kemaluan si manja, anda hanya perlu menggunakan air suam dan pad kapas.



Si kecil boleh dimandikan pada bila-bila masa, tetapi idea yang terbaik adalah ketika anda dalam keadaan tenang dan tidak terganggu.

Hindari daripada membawa si kecil mandi pada saat mereka lapar atau sejurus selepas menyusu.
Jika bayi berasa lebih tenang selepas mandi, anda boleh memandikan mereka pada waktu petang. Tabiat ini dipercayai membantu si kecil tidur lebih lama.


Cara memandikan bayi: Tip persediaan


Berikut antara tip untuk menghindari risiko semasa membawa si kecil mandi:

  • Ketepikan telefon pintar untuk membolehkan anda fokus kepada si kecil
  • Letakkan segala keperluan seperti tuala, kain lap, mainan mandian, losen atau syampu, pakaian dan lampin bersih berdekatan dengan anda
  • Pastikan semua barangan keperluan atau peralatan elektrik jauh daripada capaian bayi
  • Penting untuk pastikan suhu air yang akan digunakan untuk memandikan si manja antara 37-38°C
  • Sebaiknya lap dan pakaikan bayi baju di lantai atau meja menukar pakaian

Cara memandikan bayi menggunakan span


Bayi baru lahir perlu dimandikan secara mandian span untuk beberapa minggu pertama usia mereka.
Ia adalah cara mudah untuk membersihkan bayi sebelum tali pusat tertanggal serta sesuai untuk mandikan bayi lelaki yang dikhatankan sebelum sembuh.



Ini cara memandikan bayi dengan span:
  • Pilih bilik bersuhu sederhana untuk memandikan si kecil. Kemudian tanggalkan pakaian dan lampin bayi serta balutkan mereka dengan tuala.
  • Baringkan si kecil atas permukaan rata seperti lantai, meja menukar pakaian atau katil dan pastikan sebelah tangan sentiasa memegang bayi agar mereka tidak jatuh.
  • Buka tuala pada sebelah bahagian yang ingin dimandikan.
  • Mulakan pada bahagian muka dan bahagian atas kepala bayi. Celupkan span bersih ke dalam air suam tanpa sabun untuk elakkan sabun daripada masuk ke dalam mata atau mulut bayi. Sapukan pada bahagian atas kepala, sekeliling mata dan telinga luar, dagu serta lipatan leher.
  • Seterusnya titikkan 1-2 sabun ke dalam air suam. Celupkan span ke dalam air sabun dan lapkan pada seluruh bahagian badan serta kawasan lampin.
  • Jika si kecil telah dikhatankan, cara memandikan bayi adalah dengan mengelakkan daripada membersihkan alat sulit mereka bagi memastikan lukanya kering, melainkan diarahkan sebaliknya oleh doktor.
  • Keringkan bayi terutamanya pada bahagian lipatan kulit. Pakaikan lampin bersih. Anda boleh menggunakan tuala dengan hud untuk memastikan kepala mereka sentiasa hangat.


Cara memandikan bayi menggunakan tab mandi


  • Sebaik sahaja tali pusat bayi sudah tertanggal dengan sendirinya, anda boleh mula memandikan si manja dengan merendamkan badannya dalam tab mandi.
  • Letakkan tikar anti licin pada lantai bilik air dan di dalam tab mandi.
  • Isi tab mandian dengan air secukupnya. Jika bayi sudah boleh duduk, isikan air hingga pada kedalaman pusat nya.
  • Pastikan air bersuhu sekitar 37- 38°C sebelum meletakkan bayi ke dalam tab mandian.
  • Masukkan bayi ke dalam tab secara perlahan-lahan dan pastikan sebelah tangan anda sentiasa ada bersama mereka.
  • Bagi memandikan bayi dalam tab mandi besar, anda perlu berlutut atau duduk di atas bangku rendah supaya tidak menyakitkan bahagian belakang.
  • Rambut bayi hanya akan disyampu pada langkah terakhir, hanya 1-2x seminggu. Untuk melakukannya, bayi akan dibaringkan secara menelentang dan rambut dibilas secara perlahan-lahan.
  • Gunakan kain lap lembut untuk membersihkan muka, leher dan badan bayi. Bahagian alat kelamin dan bawah dilakukan selepas itu.
  • Perlahan-lahan, angkat bayi keluar daripada tab mandian dan balut mereka dengan tuala kering lembut bagi memastikan mereka kekal hangat.
  • Sebaiknya kekalkan penggunaan sabun, syampu dan mandian buih pada tahap minimum – jika terlebih, ia boleh merengsakan kulit dan menyebabkan ruam lampin.
  • Pembersih lembut bukan sabun adalah alternatif yang baik.

Jika bayi kelihatan takut untuk mandi dan menangis, anda boleh mandi bersama mereka.
Lebih mudah sekiranya ada individu lain yang dapat membantu memegang bayi semasa anda masuk dan keluar daripada bilik air.

Risiko untuk bayi lemas dalam tempoh beberapa saat adalah tinggi walaupun dalam air yang sangat cetek.

Jadi jangan pernah membiarkan bayi sendirian di dalam bilik air walaupun anda menggunakan kerusi mandi atau apa juga alasan.

Kanak-kanak kecil lain bukanlah individu yang terbaik untuk membantu mengawasi bayi, maka sekiranya perlu meninggalkan bilik air walaupun seketika, bawa si kecil bersama anda!
*Artikel asal di Pa&Ma

Untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh sertai group ini https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Comments

  1. tips yang berguna..yong dulu waktu anak sulung,berpantang dengan mertua so bila badan dah rasa ok terus blajaq mandikan sendiri..segan lah mak mandikan selalu..hehe..adik ipar letak besen atas meja di dapur,yong mandikan sambil berdiri..ok la tu ..hehe

    ReplyDelete
  2. Baguss sharing sebegini. Kadang-kadang ada ibu muda yang masih belum ada knowledge asas sebegini..

    ReplyDelete
  3. Baguslah tips mandikan bayi nih, untuk saya gunakan dimasa akan datang untuk Cucu InsyaAllah, Bakal Ibu dan Bapa bagus belajar juga.

    ReplyDelete
  4. Teringat mandikan anak-anak masa baby. Allah memang seram betul. Dengan halusnya masing-masing. Sekarang dah panjang renjong. Memang tersangat hati-hatilah bab mandikan baby ni. Bab phone kena letak tepi tu betul sangat.

    ReplyDelete
  5. Saya setiap kali bersalin, semua anak anak suami yg mandikan sehingga jatuh tali pusat. Memang langsung tak berani nak mandikan anak. Tali pusat anak pun suami yg bersihkan.
    Bagus sangat artikel ni, sangat membantu ibu2 yg bersalin terutamanya yg bersalin buat Kali pertama dan belum berpengalaman mandikan bayi.

    ReplyDelete
  6. Lama tak mandikan bayi.. boleh amik ilmu ni
    panjang umur boleh mandikan cucu 😄

    ReplyDelete
  7. Tips yang bagus ni. Pernah merasa mandikan anak buah masa baru lahir. Mula-mula tu risau sebab pertama kali kan, lepas tu ok le dah hehehe. Betul, memang kena fokus kalau menguruskan baby ni.

    ReplyDelete
  8. teringat balik time mandikan anak2 masa time baru lepas bersalin dulu. anak sulung sis tak berani, takut! pastu start anak ke dua sampai ke6, pandai dh! hehe. tips KENA YAKIN, KENA SABAR utk mandikan baby

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali

Anak-anak ibarat kanvas putih yang perlu dicorak dengan penuh berhati-hati. Jika salah kita membentuk corak, maka buruklah hasilnya. Begitulah ibaratnya kita dalam membentuk anak-anak kerana jiwa suci anak kecil sangat mudah mengikut apa yang diajar oleh ibu bapa. Untuk artikel kali ini, Dunia Si Pari-Pari Kecil ingin berkongsikan tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak mengikut pendekatan Imam Al-Ghazali. Siapakah Imam Al-Ghazali? Dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan) Iran (kini dikenali sebagai Meshed). Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini & merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama. Beliau sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak. Menurut beliau  Ibu bapa perlu

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Sebagai ibu bapa kita sebolehnya ingin menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Mendidik dan memerhatikan sendiri perkembangan anak-anak seakan suatu kepuasan buat ibu bapa. Jadi, Dunia Si Pari-Pari Kecil akan berkongsikan tips dan info bagaimana untuk meluangkan masa bersama anak-anak sambil melakukan aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan mereka. Sebenarnya ada beberapa aktiviti mudah untuk ibu bapa praktikkan di rumah. Aktiviti-aktiviti yang senang yang kadang-kadang nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting untuk perkembangan anak-anak seperti :- Membutang baju - ajar dan galakkan anak-anak untuk mengenakan butang baju sendiri sebab ini akan merangsang fine & gross motor skill Mengikat tali kasut Menggilap kasut Menyikat rambut Menyiram pokok Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja. Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya bukan saja boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak, malah melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri dengan