Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali

Anak-anak ibarat kanvas putih yang perlu dicorak dengan penuh berhati-hati. Jika salah kita membentuk corak, maka buruklah hasilnya. Begitulah ibaratnya kita dalam membentuk anak-anak kerana jiwa suci anak kecil sangat mudah mengikut apa yang diajar oleh ibu bapa. Untuk artikel kali ini, Dunia Si Pari-Pari Kecil ingin berkongsikan tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak mengikut pendekatan Imam Al-Ghazali. Siapakah Imam Al-Ghazali? Dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan) Iran (kini dikenali sebagai Meshed). Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini & merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama. Beliau sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak. Menurut beliau  Ibu bapa perlu

Pengalaman Belajar Kanak-Kanak

Sejak dilahirkan kanak-kanak berkembang melalui proses mengalami sesuatu. Kanak-kanak belajar berjalan, berlari, melompat, bertutur, berkawan dan bersosial melalui pengalaman sendiri. Kanak-kanak menghadapi kegagalan jatuh bangun sebelum berjaya.   Proses belajar melalui pengalaman langsung ini merupakan cara semulajadi manusia belajar. Pembelajaran dalam bentuk pengalaman langsung sesungguhnya ialah bentuk pembelajaran yang paling berkesan. Sebenarnya pelbagai perkara dipelajari oleh kaak-kanak melalui sesuatu aktiviti yang dilaluinya. John Holt dalam bukunya  How Children Learn  (1995), telah menyenaraikan prinsip-prinsip berikut dalam pembelajaran semulajadi kanak-kanak ;- Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan keupayaan untuk belajar secara langsung tentang dunia sekitarnya. Kanak-kanak mengetahui dengan sendirinya cara hendak belajar sesuatu. Kanak-kanak memerlukan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir. Kanak-kanak tidak takut mengaku tidak ta