Skip to main content

Parenting Tips | Kenali Dunia Bayi Anda

Menjadi seorang ibu dan bapa memang sangat mengujakan. Untuk artikel kali ini jom kita kenali dunia bayi dan melihat sendiri perkembangan bayi anda seawal 0-12 bulan. 


Parenting Tips | Kenali Dunia Bayi Anda


Kenali Dunia Bayi Anda


1 bulan

Pada awal kelahiran, bayi hanya mampu melihat dalam anggaran jarak di antara 20 hingga 25cm. Walaupun jarak tersebut terhad, bayi anda boleh membalas senyuman yang anda hadiahkan kepadanya.

 

2 bulan

Ketika usia 2 bulan, bayi anda sudah boleh memberikan tindak balas jika anda mengagahnya. Dia juga sudah pandai mengeluarkan bunyi-bunyian seperti eh, ah, uh dan oh.

 

3 bulan

Bayi anda sudah mampu mengangkat kepala ketika meniarap dan menahannya untuk jangka masa yang agak lama.

 

4 bulan

Pada usia ini, bayi anda semakin suka bermain dan sudah pandai menggenggam barang permainan yang diberikan kepadanya. Lazimnya, dia lebih tertarik kepada benda yang berwarna terang.

 

5 bulan

Bayi anda kini bertambah lasak. Keupayaannya mengawal belakang badan dan otot kaki membolehkan dia mengimbangi tubuhnya. Hasilnya, dia sudah boleh duduk dengan stabil.

 

6 bulan

Inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi anda. Dia juga sudah pandai memindahkan objek yang dipegangnya daripada satu tangan kepada tangan yang lain.

 

7 bulan

Pada usia 7 bulan, bayi sudah aktif merangkak. Gigi susunya pun akan mulai tumbuh. Ketika ini dia mungkin memerlukan sesuatu yang boleh digigit atau dihisap untuk meredakan kesakitan dan kegatalan gusi.

 

8 bulan

 Bayi anda semakin pantas mencapai barang-barang yang ada disekelilingnya. Hal ini bermakna anda tidak boleh membiarkan barangan yang boleh membahayakan anak bersepah.

 

9 bulan

Kawalan tangan bayi anda bertambah baik ketika usia 9 bulan. Memegang objek menggunakan jari-jemarinya sudah tidak lagi mendatangkan masalah. Dia sendiri sudah boleh memegang botol minumannya sendiri.

 

10 bulan

Bayi anda sudah mulai boleh berjalan sekiranya nada memegang kedua-dua belah tangannya. Pertuturannya juga semakin jelas terutamanya ketika menyebut perkataan mama atau dada.

 

11 bulan

Bayi anda mungkin sudah boleh berdiri sendiri sambil menoleh ke kiri dan kanan. Aktiviti memindahkan barang dari satu bekas ke bekas yang lain adalah antara perkara kegemarannya.

 

12 bulan

Selain daripada bersedia untuk memulakan langkah baru, dia juga sudah pandai menepuk dan melambai-lambaikan tangannya.

 


Untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh sertai group ini https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl



Comments

  1. Waktu baby, banyak kat maknya. Harap dapat menyusu lama sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ye la biasa memang baby banyak kat mak la time baby

      Delete
  2. This is a good parenting tip. I learned something from reading this post. Thank you for sharing this very valuable post.

    ReplyDelete
  3. Blog baru kelolaan sis ke? Wahh rajin. Bagus ni sebab ramai yang cari parenting tips. Walaupun sis lambat lagi nak mengandung, kite suka juga baca info macam ni.

    ReplyDelete
  4. Masa mula-mula dapat first baby dulu, memang Tini suka betul rujuk buku dan juga laman sesawang untuk meningkatkan ilmu keibubapaan... selain daripada merujuk kepada ahli keluarga yang lebih berpengalaman, pembacaan dan apa yang dialami turut menjadi lesson learnt buat Tini... nevertheless, thanks for sharing this valuable tips ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..biasa memang parents suka kan buat rujukan

      Delete
  5. Wow thanks for sharing this especially the monthly progress of the children is important to take note.

    ReplyDelete
  6. Ingat dulu masa mula-mula nak jadi ibu,memnag baca buku, google apa yang patut. Lama-lama paham..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..betul tu, biasanya memang belajar melalui pengalaman

      Delete
  7. Waaa diam-diam dia buat blog baru ekkk.. bagus share parenting tips aje di sini.. terus rasa nyilu perut i hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..awass..x dendiam ekkk kte heboh dah kat sis hahaha..alaaa ngilu teringat ek hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali

Anak-anak ibarat kanvas putih yang perlu dicorak dengan penuh berhati-hati. Jika salah kita membentuk corak, maka buruklah hasilnya. Begitulah ibaratnya kita dalam membentuk anak-anak kerana jiwa suci anak kecil sangat mudah mengikut apa yang diajar oleh ibu bapa. Untuk artikel kali ini, Dunia Si Pari-Pari Kecil ingin berkongsikan tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak mengikut pendekatan Imam Al-Ghazali. Siapakah Imam Al-Ghazali? Dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan) Iran (kini dikenali sebagai Meshed). Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini & merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama. Beliau sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak. Menurut beliau  Ibu bapa perlu

Tips Mandikan Bayi

Bagi ibu bapa yang pertama kali mendapat cahaya mata pastinya sangat gusar saat memikirkan bagaimana untuk memandikan bayi. Maklumlah, mandikan bayi jika tersilap langkah akan membahayakan. Berikutan itu, suka untuk Dunia Si Pari-Pari Kecil berkongsikan tips mandikan bayi agar anda tidak gusar lagi. Berikut adalah cara memandikan bayi langkah demi langkah, semoga tips perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu muda. Berapa kerap perlu memandikan bayi? Mandi 2 ke 3 kali seminggu, selama 5 ke 10 minit bagi setiap sesi secara amnya sudah cukup untuk memastikan bayi berada dalam keadaan bersih. Jika si kecil gemarkan air, anda boleh memandikan mereka sekali sehari. Elakkan daripada memandikan lebih daripada sekali kerana ia boleh mengeringkan kulit bayi baru lahir. Bagi cara memandikan bayi untuk membersihkan bahagian kemaluan si manja, anda hanya perlu menggunakan air suam dan pad kapas. Si kecil boleh dimandikan pada bila-bila masa, tetapi idea yang terbaik adalah

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Sebagai ibu bapa kita sebolehnya ingin menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Mendidik dan memerhatikan sendiri perkembangan anak-anak seakan suatu kepuasan buat ibu bapa. Jadi, Dunia Si Pari-Pari Kecil akan berkongsikan tips dan info bagaimana untuk meluangkan masa bersama anak-anak sambil melakukan aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan mereka. Sebenarnya ada beberapa aktiviti mudah untuk ibu bapa praktikkan di rumah. Aktiviti-aktiviti yang senang yang kadang-kadang nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting untuk perkembangan anak-anak seperti :- Membutang baju - ajar dan galakkan anak-anak untuk mengenakan butang baju sendiri sebab ini akan merangsang fine & gross motor skill Mengikat tali kasut Menggilap kasut Menyikat rambut Menyiram pokok Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja. Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya bukan saja boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak, malah melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri dengan