Skip to main content

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali

Anak-anak ibarat kanvas putih yang perlu dicorak dengan penuh berhati-hati. Jika salah kita membentuk corak, maka buruklah hasilnya. Begitulah ibaratnya kita dalam membentuk anak-anak kerana jiwa suci anak kecil sangat mudah mengikut apa yang diajar oleh ibu bapa.



Untuk artikel kali ini, Dunia Si Pari-Pari Kecil ingin berkongsikan tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak mengikut pendekatan Imam Al-Ghazali.


Siapakah Imam Al-Ghazali?


Dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan) Iran (kini dikenali sebagai Meshed). Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini & merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama. Beliau sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut beliau Ibu bapa perlu memerhatikan pendidikan anak-anak mereka sejak kecil. Mereka tidak seharusnya meminta orang lain menjaga dan menyusukan anak-anak kecuali oleh perempuan yang taat beragama, yang berilmu dan hanya memakan makanan halal (Syaikh Muhammad Jamaluddin:443)


Pandangan Kitab Ihya' Ulumuddin mengenai pendidikan kanak-kanak

  • Anak ialah tanggungjawab ibu bapa. Jiwa mereka adalah suci seperti mutiara, sangat bernilai, murni dan bebas daripada sebarang kerosakan dan bentuk. Mereka akan menerima dan mengikut apa sahaja yang diberikan kepada mereka.
  • Jika kanak-kanak dibesarkan dalam tingkah laku yang baik, mereka akan membesar dalam persekitaran yang baik dan menjadi manusia yang baik. Ibu bapa,guru, penjaga dan orang lain yang terlibat akan mendapat ganjaran daripada Allah.
  • Jika kanak-kanak didedahkan kepada tingkahlaku buruk dan pendidikan mereka diketepikan, mereka akan membesar menjadi orang yang tidak baik dan dosa-dosa mereka akan ditanggung oleh ibu bapa dan orang yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali


Imam Al-Ghazali menekankan adab-adab makan kerana itu akan membentuk anak-anak

  • Ambil makanan dengan tangan kanan sahaja
  • Baca Bismillah sebelum makan
  • Ambil makan yang paling dekat dengan kita
  • Jangan berebut mengambil makanan sebelum orang lain.
  • Jaga mata agar tidak melilau melihat makanan atau wajah orang lain yang sedang makan.
  • Jangan gopoh ketika makan.
  • Kunyah makanan dengan perlahan dan hati-hati sebelum menelan.
  • Jangan memasukkan makanan ke dalam mulut dengan gopoh.
  • Jangan kotorkan tangan dan pakaian dengan makanan.
  • Biasakan diri makan tanpa lauk pada waktu-waktu tertentu agar kita tidak terlalu mengharap mendapat lauk setiap kali kita makan.
  • Ibu bapa mestilah sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa makan terlalu banyak merupakan kelakuan buruk malah Imam Al-Ghazali mengatakan orang yang makan terlalu banyak adalah seperti haiwan.
  • Al-Ghazali menasihatkan ibu bapa agar menghantar anak-anak mereka ke sekolah bagi mempelajari cara bacaan Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW, mendengar kisah-kisah hidup para sahabat agar kanak-kanak boleh contohinya.
  • Kanak-kanak perlu dihalang daripada mendengar cerita-cerita lucah kerana ia boleh merosakkan akhlak mereka
  • Imam Al-Ghazali menekan pemberian ganjaran kepada kanak-kanak. Menurut beliau kanak-kanak yang berkelakuan baik wajar diberikan ganjaran dan pujian bagi menggembirakan hati mereka, jika mereka membuat kesilapan tanpa sengaja ibu bapa perlu berpura-pura tidak perasan kesilapan/kesalahan tersebut dan tidak memalukan mereka dengan menceritakan kesilapan/kesalahan tersebut kepada orang lain. Tapi jika kanak-kanak mengulangi kesilapan/kesalahan tersebut buat kali kedua, ibu bapa perlu bercakap dengan mereka secara bijak bahawa kelakuan tersebut tidak boleh diterima
  • Untuk menasihati anak juga ada caranya. Ibu bapa diminta tidak terlalu mengkritik
  • Kanak-kanak tidak digalakkan tidur siang kerana akan membentuk sifat malas dalam diri, walau bagaimanapun jangan halang mereka untuk tidur pada waktu malam.
  • Kanak-kanak (lelaki) digalakkan untuk tidur di atas tilam/tempat yang keras agar tubuh menjadi kental dan kuat.
  • Kanak-kanak perlu dilatih mengenai tingkah laku alam majlis tertentu misalnya jangan meludah atau menghembus hingus dihadapan orang, menguap dihadapan orang, duduk membelakangi orang lain, duduk menyilangkan kaki dan memanggung dagu dengan tangan

Nasihat Imam Al-Ghazali kepada ibu bapa

  • Penuhkan masa lapang bersama anak-anak
  • Mendidik anak-anak dengan amalan agama yang bersesuaian seperti amalan khusus dan amalan umum seperti sembahyang. Kaedah pengajaran ialah berperingkat dari segi tingkah laku dan bacaan.
  • Jelaskan kepada mereka tentang agama, bukan sahaja secara teori malahan amalan.
  • Kanak-kanak perlu dijelaskan tentang keburukan mencuri dan larang mereka daripada memakan makanan haram.
  • Kanak-kanak perlu diajar merendah diri
  • Jangan ajar anak-anak menipu.
  • Kanak-kanak perlu diajar untuk sentiasa sederhana dalam perlakuan.
  • Kanak-kanak perlu dinasihati agar tidak bercampur dengan orang tidak baik.
  • Jangan biarkan anak-anak terlalu selesa.
  • Ajar anak-anak memberi bukan menerima
  • Mesti tegas dengan anak-anak.
  • Biarkan anak-anak bermain kerana bermain itu tabiat kanak-kanak, boleh membina tubuh yang kecil dan menguatkan otot, membuat kanak-kanak gembira & membolehkan kanak-kanak bersantai setelah penat belajar.
  • Menegah ibu bapa daripada mengenakan hukuman yang melampau terhadap kanak-kanak.
  • Beliau mencadangkan agar ibu bapa mengelak daripada terlalu merendahkan anak-anak mereka dan terlalu menumpukan pada kelemahan mereka sebaliknya ibu bapa perlu membentuk tabiat dan naluri kanak-kanak dengan sebaiknya.

Imam Al-Ghazali sangat menekankan aspek bermain. Beliau menyarankan supaya kanak-kanak bermain kerana katanya bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Bermain boleh menyuburkan tubuh yang kecil dan menguatkan otot kanak-kanak.

Bermain juga boleh mendatangkan kegembiraan kepada kanak-kanak dan dapat merehatkan mereka selepas penat belajar.


Nasihat Imam Al-Ghazali Kepada Guru-Guru

  • Mengambil pengasuh daripada wanita yang kuat berpegang kepada agama kerana ini memberikan kesan kepada kanak-kanak.
  • Perbaiki kelakuan buruk kanak-kanak dengan 'rahmah' bukan dengan cara menempelak.
  • Mengajarlah sekadar kemampuan mereka.
  • Jangan mengajar terlalu tinggi sehingga menyusahkan mereka.
  • Guru hendaklah beramal dengan ilmu yang diajari.
  • Guru harus mengikut jejak Rasulullah S.A.W, iaitu mengajar ilmu tanpa mengharapkan upah dan balasan tetapi mengajar kerana Allah dan mencari kedekatan diri kepadaNya. Meskipun begitu, murid-murid harus mengingati budi baik orang kepadanya.

Al-Ghazali juga berpendapat bahawa guru harus memandang bahawa mereka telah berbuat sesuatu perbuatan yang baik kerana telah mendidik jiwa anak-anak supaya hatinya dekat kepada Allah dengan menanamkan ilmu pengetahuan kepadanya.

Daripada pandangan-pandangan Al-Ghazali di atas dapat disimpulkan bahawa pendekatannya lebih kepada unsur-unsur pendidikan kerohanian dan moral.  Walau bagaimana pun, beliau tetap menekankan unsur perkembangan jasmani iaitu menyarankan supaya kanak-kanak digalakkan bermain.

Sertai link berikut untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl

nfo Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips Mandikan Bayi

Bagi ibu bapa yang pertama kali mendapat cahaya mata pastinya sangat gusar saat memikirkan bagaimana untuk memandikan bayi. Maklumlah, mandikan bayi jika tersilap langkah akan membahayakan. Berikutan itu, suka untuk Dunia Si Pari-Pari Kecil berkongsikan tips mandikan bayi agar anda tidak gusar lagi. Berikut adalah cara memandikan bayi langkah demi langkah, semoga tips perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu muda. Berapa kerap perlu memandikan bayi? Mandi 2 ke 3 kali seminggu, selama 5 ke 10 minit bagi setiap sesi secara amnya sudah cukup untuk memastikan bayi berada dalam keadaan bersih. Jika si kecil gemarkan air, anda boleh memandikan mereka sekali sehari. Elakkan daripada memandikan lebih daripada sekali kerana ia boleh mengeringkan kulit bayi baru lahir. Bagi cara memandikan bayi untuk membersihkan bahagian kemaluan si manja, anda hanya perlu menggunakan air suam dan pad kapas. Si kecil boleh dimandikan pada bila-bila masa, tetapi idea yang terbaik adalah

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Sebagai ibu bapa kita sebolehnya ingin menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Mendidik dan memerhatikan sendiri perkembangan anak-anak seakan suatu kepuasan buat ibu bapa. Jadi, Dunia Si Pari-Pari Kecil akan berkongsikan tips dan info bagaimana untuk meluangkan masa bersama anak-anak sambil melakukan aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan mereka. Sebenarnya ada beberapa aktiviti mudah untuk ibu bapa praktikkan di rumah. Aktiviti-aktiviti yang senang yang kadang-kadang nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting untuk perkembangan anak-anak seperti :- Membutang baju - ajar dan galakkan anak-anak untuk mengenakan butang baju sendiri sebab ini akan merangsang fine & gross motor skill Mengikat tali kasut Menggilap kasut Menyikat rambut Menyiram pokok Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja. Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya bukan saja boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak, malah melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri dengan