Skip to main content

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Sebagai ibu bapa kita sebolehnya ingin menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Mendidik dan memerhatikan sendiri perkembangan anak-anak seakan suatu kepuasan buat ibu bapa.


Jadi, Dunia Si Pari-Pari Kecil akan berkongsikan tips dan info bagaimana untuk meluangkan masa bersama anak-anak sambil melakukan aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan mereka.


Sebenarnya ada beberapa aktiviti mudah untuk ibu bapa praktikkan di rumah. Aktiviti-aktiviti yang senang yang kadang-kadang nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting untuk perkembangan anak-anak seperti :-


  • Membutang baju - ajar dan galakkan anak-anak untuk mengenakan butang baju sendiri sebab ini akan merangsang fine & gross motor skill

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

  • Mengikat tali kasut

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

  • Menggilap kasut

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

  • Menyikat rambut

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

  • Menyiram pokok

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

  • Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja.

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah


Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya bukan saja boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak, malah melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri dengan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti yang dilakukan. Cuba lah ajar anak-anak. Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya sangat bagus. 


Perkembangan maksimum otak yang berkaitan dengan deria dan bahasa sebenarnya berlaku sewaktu kanak-kanak  menjangkaui tahun pertama usianya, dan perkembangan kognitif berlaku dengan pesat pada usia 2-3 tahun. Waktu ni diaorang memang cenderung untuk meniru semua perlakuan orang dewasa tau..(opkos tu merujuk pada ibu bapa). Sebab tu masa ni la ibu bapa kena tunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak.


Untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh sertai group ini https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl






Comments

Popular posts from this blog

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali

Anak-anak ibarat kanvas putih yang perlu dicorak dengan penuh berhati-hati. Jika salah kita membentuk corak, maka buruklah hasilnya. Begitulah ibaratnya kita dalam membentuk anak-anak kerana jiwa suci anak kecil sangat mudah mengikut apa yang diajar oleh ibu bapa. Untuk artikel kali ini, Dunia Si Pari-Pari Kecil ingin berkongsikan tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak mengikut pendekatan Imam Al-Ghazali. Siapakah Imam Al-Ghazali? Dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan) Iran (kini dikenali sebagai Meshed). Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini & merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama. Beliau sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak. Menurut beliau  Ibu bapa perlu ...

Parenting Tips | Kenali Dunia Bayi Anda

Menjadi seorang ibu dan bapa memang sangat mengujakan. Untuk artikel kali ini jom kita kenali dunia bayi dan melihat sendiri perkembangan bayi anda seawal 0-12 bulan.  Kenali Dunia Bayi Anda 1 bulan Pada awal kelahiran, bayi hanya mampu melihat dalam anggaran jarak di antara 20 hingga 25cm. Walaupun jarak tersebut terhad, bayi anda boleh membalas senyuman yang anda hadiahkan kepadanya.   2 bulan Ketika usia 2 bulan, bayi anda sudah boleh memberikan tindak balas jika anda mengagahnya. Dia juga sudah pandai mengeluarkan bunyi-bunyian seperti eh, ah, uh dan oh.   3 bulan Bayi anda sudah mampu mengangkat kepala ketika meniarap dan menahannya untuk jangka masa yang agak lama.   4 bulan Pada usia ini, bayi anda semakin suka bermain dan sudah pandai menggenggam barang permainan yang diberikan kepadanya. Lazimnya, dia lebih tertarik kepada benda yang berwarna t...

Autisme | Ibu Bapa Perlu Lebih Cekal

Menjaga anak yang autisme bukanlah mudah bagi ibu bapa. Lihat sahajalah bagaimana Iman Wan menjaga Adam dan lihat juga bagaimana Zarina Zainuddin menjaga kedua-dua anak autismenya.  Terkadang kita yang melihatnya juga turut lelah dan menangis apatah lagi mereka yang menanggungnya. Dunia Si Pari-Pari Kecil terkadang juga pernah menangis apabila melihat kepayahan ibu bapa yang menjaga anak autisme ini kadangkala cedera dalam menangani kerenah mereka. Namun begitu percayalah, bukan mereka minta untuk dilahirkan sedemikian. Jadi, apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah perlu lebih cekal dan menyerah segala kepayahan dan urusan ini kepada Allah yang Maha Penyayang agar dipermudahkan segala urusan. Autisme | Ibu Bapa Perlu Lebih Cekal Apatah lagi, walaupun kini kita berada di tahun 2022 namun kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap autisme boleh dianggap masih rendah berbanding negara-negara lain termasuk negara-negara jiran. Malah masih ada stigma masyarakat akibat dari ...