Skip to main content

Pengalaman Belajar Kanak-Kanak

Sejak dilahirkan kanak-kanak berkembang melalui proses mengalami sesuatu. Kanak-kanak belajar berjalan, berlari, melompat, bertutur, berkawan dan bersosial melalui pengalaman sendiri. Kanak-kanak menghadapi kegagalan jatuh bangun sebelum berjaya. 


Proses belajar melalui pengalaman langsung ini merupakan cara semulajadi manusia belajar. Pembelajaran dalam bentuk pengalaman langsung sesungguhnya ialah bentuk pembelajaran yang paling berkesan. Sebenarnya pelbagai perkara dipelajari oleh kaak-kanak melalui sesuatu aktiviti yang dilaluinya.


Pengalaman Belajar Kanak-Kanak


John Holt dalam bukunya How Children Learn (1995), telah menyenaraikan prinsip-prinsip berikut dalam pembelajaran semulajadi kanak-kanak ;-


  • Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan keupayaan untuk belajar secara langsung tentang dunia sekitarnya.
  • Kanak-kanak mengetahui dengan sendirinya cara hendak belajar sesuatu.
  • Kanak-kanak memerlukan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir.
  • Kanak-kanak tidak takut mengaku tidak tahu dan berani membuat kesilapan.
  • Kanak-kanak menghayati nilai-nilai intrinsik dalam perkara yang dipelajari mereka.
  • Kanak-kanak belajar paling baik tentang hubungan dengan orang lain melalui interaksi dengan pelbagai peringkat usia.
  • Kanak-kanak belajar paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung.
  • Kanak-kanak memerlukan masa yang mencukupi untuk bersama keluarga.
  • Tekanan akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak.

Berdasarkan prinsip tersebut, jelaslah bahawa penglibatan langsung dalam pembelajaran merupakan satu kaedah belajar yang semulajadi dan paling berkesan. Pengalaman langsung atau first hand experience merupakan belajar melalui proses membuat, mengalami atau melalui sendiri apa yang hendak dipelajari.


Contohnya, kanak-kanak belajar bertanggungjawab, mematuhi peraturan, berkongsi, belajar peranan orang dewasa mengikut tugas dan tanggungjawab melalui permainan pondok-pondok dan batu seremban. Apabila kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang merangsangkan minda, mereka akan belajar sesuatu dengan sendirinya.


kanak-kanak amat kuat rasa ingin tahunya. Lantaran itu, mereka banyak menyoal dan mencuba sesuatu yang baru tanpa rasa takut membuat kesilapan. Contohnya, kanak-kanak lelaki belajar melalui proses menanggal dan memasang semula kereta mainannya. Kaedah dan aktiviti pembelajaran yang dapat memberikan pengalaman langsung termasuk lawatan, kajian lapangan, membuat uji kaji, membuat pemerhatian, menjahit, menanam pokok, memelihara ikan di dalam akuarium, lakonan, drama dan bermain.


Pembelajaran yang berasaskan aktiviti dan berpusatkan murid dapat memberikan pengalamn langsung kepada murid-murid dalam proses pembelajaran. Sebagai guru khususnya, kita hendaklah mengambil kira alam belajar kanak-kanak dalam merancang pembelajaran yang berkesan. Alam belajar yang wajar disediakan haruslah merangkumi empat aspek iaitu ;

  • Berpusatkan murid
  • Berasaskan maklumat atau pengetahuan
  • Berpandukan pentaksiran pembelajaran
  • Berlandaskan komuniti pembelajaran

Rujukan : Murid dan Alam Belajar

Untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh sertai group ini https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl

Comments

Popular posts from this blog

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali

Anak-anak ibarat kanvas putih yang perlu dicorak dengan penuh berhati-hati. Jika salah kita membentuk corak, maka buruklah hasilnya. Begitulah ibaratnya kita dalam membentuk anak-anak kerana jiwa suci anak kecil sangat mudah mengikut apa yang diajar oleh ibu bapa. Untuk artikel kali ini, Dunia Si Pari-Pari Kecil ingin berkongsikan tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak mengikut pendekatan Imam Al-Ghazali. Siapakah Imam Al-Ghazali? Dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan) Iran (kini dikenali sebagai Meshed). Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini & merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama. Beliau sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak. Menurut beliau  Ibu bapa perlu ...

Parenting Tips | Kenali Dunia Bayi Anda

Menjadi seorang ibu dan bapa memang sangat mengujakan. Untuk artikel kali ini jom kita kenali dunia bayi dan melihat sendiri perkembangan bayi anda seawal 0-12 bulan.  Kenali Dunia Bayi Anda 1 bulan Pada awal kelahiran, bayi hanya mampu melihat dalam anggaran jarak di antara 20 hingga 25cm. Walaupun jarak tersebut terhad, bayi anda boleh membalas senyuman yang anda hadiahkan kepadanya.   2 bulan Ketika usia 2 bulan, bayi anda sudah boleh memberikan tindak balas jika anda mengagahnya. Dia juga sudah pandai mengeluarkan bunyi-bunyian seperti eh, ah, uh dan oh.   3 bulan Bayi anda sudah mampu mengangkat kepala ketika meniarap dan menahannya untuk jangka masa yang agak lama.   4 bulan Pada usia ini, bayi anda semakin suka bermain dan sudah pandai menggenggam barang permainan yang diberikan kepadanya. Lazimnya, dia lebih tertarik kepada benda yang berwarna t...

Autisme | Ibu Bapa Perlu Lebih Cekal

Menjaga anak yang autisme bukanlah mudah bagi ibu bapa. Lihat sahajalah bagaimana Iman Wan menjaga Adam dan lihat juga bagaimana Zarina Zainuddin menjaga kedua-dua anak autismenya.  Terkadang kita yang melihatnya juga turut lelah dan menangis apatah lagi mereka yang menanggungnya. Dunia Si Pari-Pari Kecil terkadang juga pernah menangis apabila melihat kepayahan ibu bapa yang menjaga anak autisme ini kadangkala cedera dalam menangani kerenah mereka. Namun begitu percayalah, bukan mereka minta untuk dilahirkan sedemikian. Jadi, apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah perlu lebih cekal dan menyerah segala kepayahan dan urusan ini kepada Allah yang Maha Penyayang agar dipermudahkan segala urusan. Autisme | Ibu Bapa Perlu Lebih Cekal Apatah lagi, walaupun kini kita berada di tahun 2022 namun kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap autisme boleh dianggap masih rendah berbanding negara-negara lain termasuk negara-negara jiran. Malah masih ada stigma masyarakat akibat dari ...