Skip to main content

Autisme | Ibu Bapa Perlu Lebih Cekal

Menjaga anak yang autisme bukanlah mudah bagi ibu bapa. Lihat sahajalah bagaimana Iman Wan menjaga Adam dan lihat juga bagaimana Zarina Zainuddin menjaga kedua-dua anak autismenya. 



Terkadang kita yang melihatnya juga turut lelah dan menangis apatah lagi mereka yang menanggungnya. Dunia Si Pari-Pari Kecil terkadang juga pernah menangis apabila melihat kepayahan ibu bapa yang menjaga anak autisme ini kadangkala cedera dalam menangani kerenah mereka.

Namun begitu percayalah, bukan mereka minta untuk dilahirkan sedemikian. Jadi, apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah perlu lebih cekal dan menyerah segala kepayahan dan urusan ini kepada Allah yang Maha Penyayang agar dipermudahkan segala urusan.


Autisme | Ibu Bapa Perlu Lebih Cekal

Apatah lagi, walaupun kini kita berada di tahun 2022 namun kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap autisme boleh dianggap masih rendah berbanding negara-negara lain termasuk negara-negara jiran. Malah masih ada stigma masyarakat akibat dari salah anggapan kepada ciri-ciri autisme dan tingkah laku anak-anak autisme yang berpunca dari kurangnya kesedaran dan penerimaan.


Masih ada ibu bapa yang tidak suka anak autisme mereka dilihat atau diketahui umum atau tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

Usaha menjaga dan membesarkan anak-anak yang menghidap autisme, terutama anak-anak yang menghidap autisme di tahap yang serius adalah satu tanggungjawab yang mencabar dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Malah ramai ibu bapa berdepan masalah untuk menjelaskan cabaran mereka kepada majikan, rakan-rakan dan orang ramai apabila prestasi atau kehadiran kerja terganggu, atau anak mereka berkelakuan luar biasa di khalayak ramai.

Ada ibu bapa yang terpaksa menukar kerjaya atau berhenti kerja supaya mereka dapat meluangkan masa untuk menjaga anak autisme mereka.  Tahukah anda, kurangnya kesedaran dan penerimaan autisme juga menyebabkan kemungkinan ramai anak-anak autisme gagal mendapat diagnosis dan intervensi awal. Ini boleh menyebabkan  anak-anak autisme tidak diterima di sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak. Tanpa rawatan intervensi sewajarnya, masa depan mereka tidak terjamin.

Kekurangan penerimaan juga menyebabkan kekurangan peluang bagi anak-anak autisme untuk mendapat pelajaran seperti anak-anak lain, mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sosial, budaya dan suka, mendapat pekerjaan apabila mereka meningkat dewasa dan menjalani kehidupan bermakna sebagai ahli masyarakat seperti orang biasa.


Apakah Tindakan Yang Perlu Ibu Bapa Buat? 

Berikut beberapa saranan tindakan yang perlu ibu bapa buat  ;
  • Ambil berat untuk mengetahui dan mengenali ciri-ciri autisme secepat mungkin jika anak anak kelihatan atau berkelakuan berbeza dari kanak-kanak lain yang sebaya.
  • Jangan segan silu untuk bertanya kawan, saudara mara, Pegawai Khidmat Sosial dan Masyarakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat akan kemungkinan anak anda berbeza dari kanak-kanak lain disebabkan oleh autisme.
  • Bawa anak anda berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan dan saringan secepat mungkin.
  • Berhati-hati dengan pelbagai nasihat serta tawaran ubat-ubatan, pemakanan dan pemulihan dari pelbagai pihak yang tidak berkelayakan. Sentiasa dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi yang bertauliah.
  • Bersedia untuk menerima hakikat bahawa anak anda menghidap autisme sepanjang hayat. Jangan panik, hadapinya dengan tabah.
  • Doktor atau pakar kanak-kanak lazimnya akan menasihati ibu bapa supaya membawa anak anda ke pusat NASOM atau pusat intervensi autisme lain yang berdekatan jika tiada khidmat pemulihan disediakan. Pergi secepat mungkin dan jangan berlengah

Sebagai manusia biasa, terima segala ketentuan Ilahi dengan hati yang terbuka. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya dan setiap anak yang dilahirkan ada rezeki tersendiri. Apa pun, semoga ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme akan lebih cekal dan tabah.

Untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh sertai group ini https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Comments

  1. Dekat Malaysia masih kurang lg pendedahan pasal autism... Selalu org kalau nmpk, mesti rasa tak suka walhal sbnrnya parents perlukan sokongan dari sekeliling juga kan

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat berguna. Kadang kesibukan ibu bapa membuatkan kita sedikit alpa tentang perkembangan anak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali

Anak-anak ibarat kanvas putih yang perlu dicorak dengan penuh berhati-hati. Jika salah kita membentuk corak, maka buruklah hasilnya. Begitulah ibaratnya kita dalam membentuk anak-anak kerana jiwa suci anak kecil sangat mudah mengikut apa yang diajar oleh ibu bapa. Untuk artikel kali ini, Dunia Si Pari-Pari Kecil ingin berkongsikan tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak mengikut pendekatan Imam Al-Ghazali. Siapakah Imam Al-Ghazali? Dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan) Iran (kini dikenali sebagai Meshed). Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini & merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama. Beliau sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak. Menurut beliau  Ibu bapa perlu

Tips Mandikan Bayi

Bagi ibu bapa yang pertama kali mendapat cahaya mata pastinya sangat gusar saat memikirkan bagaimana untuk memandikan bayi. Maklumlah, mandikan bayi jika tersilap langkah akan membahayakan. Berikutan itu, suka untuk Dunia Si Pari-Pari Kecil berkongsikan tips mandikan bayi agar anda tidak gusar lagi. Berikut adalah cara memandikan bayi langkah demi langkah, semoga tips perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu muda. Berapa kerap perlu memandikan bayi? Mandi 2 ke 3 kali seminggu, selama 5 ke 10 minit bagi setiap sesi secara amnya sudah cukup untuk memastikan bayi berada dalam keadaan bersih. Jika si kecil gemarkan air, anda boleh memandikan mereka sekali sehari. Elakkan daripada memandikan lebih daripada sekali kerana ia boleh mengeringkan kulit bayi baru lahir. Bagi cara memandikan bayi untuk membersihkan bahagian kemaluan si manja, anda hanya perlu menggunakan air suam dan pad kapas. Si kecil boleh dimandikan pada bila-bila masa, tetapi idea yang terbaik adalah

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Sebagai ibu bapa kita sebolehnya ingin menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Mendidik dan memerhatikan sendiri perkembangan anak-anak seakan suatu kepuasan buat ibu bapa. Jadi, Dunia Si Pari-Pari Kecil akan berkongsikan tips dan info bagaimana untuk meluangkan masa bersama anak-anak sambil melakukan aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan mereka. Sebenarnya ada beberapa aktiviti mudah untuk ibu bapa praktikkan di rumah. Aktiviti-aktiviti yang senang yang kadang-kadang nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting untuk perkembangan anak-anak seperti :- Membutang baju - ajar dan galakkan anak-anak untuk mengenakan butang baju sendiri sebab ini akan merangsang fine & gross motor skill Mengikat tali kasut Menggilap kasut Menyikat rambut Menyiram pokok Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja. Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya bukan saja boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak, malah melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri dengan